hakikatnya, seorang manusia itu akan rindukan rumahnya yang sebenar |
Dulu kecik2, naek train ngan Mak kalo nak bli mainan |
Aku tersenyum sendiri selepas beberapa jam di dalam keretapi bas tatkala melihat Bandar
Kuala Lipis yang masih tak berubah rupa parasnyer(kecuali ada penambahan pokok yang berlampu ala-ala i-city). Terasa macam puluhan tahun aku meninggalkannya.
lebih kurang macam ni la lampu kat bandar baru K.Lipis |
Alhamdulillah sekali lagi kerana masih diberi peluang untuk berjumpa keluarga yang sangat dirindui dan dicintai.
Menitis air mata apabila melihat wajah mak yang sangat aku rindui menyambut kepulanganku sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Aku tangkas memeluk dan
mencium pipinya(bau mak masih x berubah), kelihatan raut wajahnya yang sudah dijamah usia. Ayat pertama yang aku dengar, "balik lama kan?" Aku terus mengangguk mengiyakan.“Mak, orang janji tak akan mensia-siakan masa yang telah Allah
pinjamkan ni”
Ya Allah jadikanlah sayang aku terhadap keluargaku ini sampai ke
syurga. Ya Allah, kerana aku sayang kepada engkaulah , aku sayang kepada
keluargaku.
Amin...
Teringat sebuah hadis,
“Jika manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara
: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan mendoakan
kedua orang tuanya” (HR Muslim)
Ya allah tunjukkanlah kepada aku jalan untuk menjadi anak yang soleh agar aku dapat bersama-sama dengan keluargaku di syurgaMu.
No comments:
Post a Comment