hati vs jantung... |
Balik jer dari makan nasi goreng USA kat kedai Cikgu Pa, duk sat mengadap laptop....
Nak bacer note, tapi lambat lagi nak bukak sem...(macam la rajin sangaaat) emm..
Sambil membaca beberapa artikel, tiba-tiba terngiang-ngiang.....
“kita kena
rendahkan hati”
Kata-kata
nasihat ini sebenarnya keluar dari mulut seorang saudara yang rapat dengan aku yang aku
amat sayangi sebelum cuti semester hari tu. Aku masih ingat sampai hari ini.
_________________________________________________________________________________
Aku hairan. Beza ke merendah diri dengan merendahkan hati?
Pada mulanya, aku tak dapat nak
tangkap sangat mesej yang hendak disampaikan sebab tak faham apa itu kerendahan hati.
Sehinggalah aku terbaca satu artikel yang berkaitan dengan
kerendahan hati. Aku mula memahami apa yang dimaksudkan dengan kerendahan hati
itu. Dan terus rasa gatal tangan nak post kat blog.
;)
bunga yg merendahkan diri...hehe |
Ceritanya
begini, ni aku re-taip :
Ada orang
bermasalah dengan amalnya. Bukan masalah tak tahu beramal tetapi dia bermasalah
kerana riya, takabbur, ujub dengan amalnya. Ketika ini, hati telah tercedera
actually. Whether sedar or tak, our amal tak diterima. Hal ini disebabkan tiada
kerendahan dalam hati kita. Syaitan telah Berjaya memperdayakan kita semua.
Syaitan ni
kalau tak Berjaya mengajak kita berbuat kemungkaran dan maksiat, maka dia akan
menyuruh kita berbuat kebaikan.
“Eh, pergi
la masjid setiap waktu” Bisik syaitan. “kau zikir la banyak sikit”
Bila kita
dah stabil, buat kebaikan dengan istiqomah, maka syaitan akan kata, “Bagus la
kau ni, buat baik banyak”
Kita pun
diam-diam, jauh di lubuk hati, berbangga dengan amal kita. Kita rasa kita dah
bagus, kita rasa dah cukup. Maka ketika itulah, syaitan mula mencucuk-cucuk
lagi diri kita. Akhirnya, kita tidak lagi mendirikan solat kerana kita rasa
perlu, kerana hendakkan redha Allah, tetapi kita dirikan solat kerana hendakkan
perhatian insan lain. Walaupun zahirnya, kita tidak berkata, “wei, tengokla aku
solat” Namun jauh di lubuk hati, kita berkata, “ha, orang mesti salute punya
tengok aku selalu solat di masjid”
Sebahagian
manusia, memilih satu solusi dalam permasalahan ini dengan membuat keputusan
supaya tidak beramal terus, atau mengurangkan kesungguhannya.
“Ah, malas
la pergi msajid, nanti riyak”
“Aku ni
bukan apa, takut kalau aku buat elok-elok ni, aku takabbur nanti”
***Aku
sentap part ni… krik..krik..krik.. rasa
macam kena hempap ngan batu. Adoi…
Kalau benar,
maka sekali lagi, syaitan yang licik telah Berjaya menipu kita. Syaitan ini
mudah, jalannya ada tiga. Pertama, buat maksiat, ingkar kepada Allah. Kedua,
buat baik, bukan kerana Allah. Ketiga, tak payah buat dua-dua.
Pilihan
ketiga ini sebenarnya membawa kepada pilihan pertama. Bila kita tidak
mempertingkatkan kualiti amalan, kualiti pengabdian kita kepada Allah, maka
kita akan terdedah dengan hasutan-hasutan dan godaan syaitan. Kita akan menjadi
lemah. Lama kelamaan, kita akan jatuh ke lubang maksiat juga.
So, what
the solution?
These are
the solution yang aku dapat dari artikel tu :
- Bila riyak itu datang dalam amal, maka yang patut kita buat bukanlah meninggalkan amal. Tetapi yang patut kita buat adalah menanggalkan riya dan berhadapan menentangnya.
- Hati kita yang berbolak-balik ini perlu dididik agar menjadi jinak dan mampu dilenturkan.
- Kita perlu sentiasa bermuhasabah dan menjelaskan niat. Untuk apa amal-amal ini kita laksanakan. Adakah kerana manusia atau kerana kita benar-benar memerlukan amal-amal ini untuk pulang kepada Allah?
- Perbanyakkan istighfar dan mengembalikan segala puja dan puji itu kepada Allah.
Secara ringkasnya,
riyak dan sepupu sepapatnya, hanyalah halangan yang perlu kita langkaui, untuk
kita menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar dari itu lagi. Merendahkan
hati tidaklah sama dengan merendahkan diri. Bila kita merendahkan diri, orang nampak
kita merendahkan diri. Malah kadangkala, kita merendah diri dalam riyak. Merendah
hati, lebih sukar dari merendah diri. Hal ini kerana, merendahkan hati ini
benar-benar kita dengan Allah SWT sahaja. Manusia lain tak akan tahu bahawa
kita ini merendah hati atau tak.
The end…
“Ya allah
berikanlah aku kekuatan untuk memperbaiki diri, dan beramal dengan ikhlas serta
pulang kepadaMu dalam keadaan hati yang sempurna” Amin..
Guten nacht...
No comments:
Post a Comment