Mak, ayah... ^^
Assalamualaikum
w.b.t
Hari ni
macam biasa aku bersiap-siap di awal pagi jumaat untuk ke kelas tasawur islam
dengan berbaju melayu merah, berseluar hitam dan berkasut kungfu(kawan aku
cakap) tambah ngan wangian. ^^
Hari ni
jugak seperti biasa akan ada perbahasan tentang satu topik yang telah diberi
kan Dr. Fathiyah (ustazah). Tajuk untuk hari ni Kelebihan perkahwinan semasa
belajar (pencadang) dan sebaliknya (pembakang).
Nak
dijadikan cerita bollywood, panahan anak panah setan menembusi hati aku.. dupdupdup jantung aku mengepam
darah dengan laju(setan kan bergerak dalam salur darah).. bila terdengar suara
“izinkan saya membahas isi pencadang” suara lembut si tudung biru tapi tampak
ketegasannya. Suasana kelas yang pada mulanya hangat terpaku mendengar hujah si
tudung biru.
Aku
mendengar dengan penuh kusyuk setiap ayat yang dikeluarkannya, satu demi satu
seperti recording yang tidak akan terlepas merakam walaupun sesaat.
Tiba-tiba
mata aku gelap, lol… kawan sebelah aku rupanya..(main tutup2 mata). “kau
berkenan ke?” dalam hati aku “…..” kompius, macam baru tersedar dari kena
bius..
XXXXXX
Setelah
hampir penghujung perbahasan, si tudung biru menyimpulkan bagi pihak pembakang.
“saya pada
mulanya berpendapat bahawa perkahwinan semasa belajar sangat baik dan merupakan
pilihan terbaik. Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya yang lampau,
terdapat jejaka yang melamar saya dan
ibu saya tidak bersetuju. Saya pada masa itu mempertikaiakan keputusan yang
telah dibuat oleh ibu saya. Tapi baru saya faham bahawa sekadar suka tidak
mencukupi tetapi yang penting adalah tanggungjawab yang bakal ditempuh oleh
kedua-duanya iaitu bakal suami dan isteri, adakah bermatlamat keranaNya atau
sebaliknya……. Untuk pengetahuan semua Alhamdulillah saya sudah bertunang dan
akan melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi…” si tudung biru.
Tiba-tiba
belakang aku rasa macam kena penampor, cis kawan aku rupenyer..(tepuk
belakang).. “haha..dye dah nak kawin rupenyer, melepas la kau” Aku hanya mampu
tersenyum tanpa mengeluarkan apa-apa komen…
Alhamdulillah,
allah menyelamatkan aku daripada perasaan cinta monyet yang melalaikan
yang memang nescaya tidak membawa apa-apa faedah. Statement si tudung biru itu
menyedarkan aku bahawa perkahwinan yang bukan berasaskan kerana Allah adalah
sia-sia, dan bukanlah seperti mana yang dimahukan oleh Rasulullah..
XXXXXX
Kesimpulannya,
kebaikan atau keburukan perkahwinan semasa belajar bergantung kepada sikap
individu itu sendiri, sama ada ingin membawa kebaikan atau sebaliknya. Hanya diri
kita yang tahu capacity diri kita. Oleh itu, pembentukan diri sendiri itu
penting dalam menentukan kebaikan atau keburukan.
Setelah
difikir-fikrkan kembali, aku bukannya tertarik kepada si pemilik tudung biru
itu, tetapi hujah-hujah yang telah
disampaikannya begitu menyentuh hati aku atau mungkin seluruh kelas pada hari
tu. Masakan tidak, setelah habis perdebatan, si tudung biru diumumkan sebagai
pendebat terbaik..
p/s Selamat
Menyambut Pengantin Baru 2 minggu lagi…^^ Moga dapat melahirkan ramai khalifah yang
hebat dalam menegakkan dakwah Islam..
betul x?
betul x?
si tudung biru itu pembangkang atau pencadang?
ReplyDeletetahniah baim,
ReplyDeletemungkin pengalaman baru ^^