You know you are number one for me..
Selamat
Hari Ibu
I.allah
beberapa hari lagi, semua yang bergelar ibu,emak,ummi,mummy, dan ape2 panggilan
la yang merujuk kepada ibu akan diraikan dalam sambutan hari ibu.
cantiknyer si baju kurung berwarna oren ^^ |
Selamat
menyambut hari ibu kepada semua ibu yang aku yakin masing-masing ada anak yang
soleh dan solehah, i.allah.. Especially,
khas buat emakku Rozita Salmiah binti Mohd Taib.. I Love U so much.. Jasamu
sungguh tidak ternilai dengan wang ringgit.. Tanpa didikanmu aku tidak akan
menjadi manusia walaupun rupa zahirnya adalah manusia..
Kesabaranmu
dalam mendidik aku dan adik-adik walaupun dalam keadaan tertekan(bekerja), berjaya
juga aku menjejak langkah ke Universiti Putra Malaysia.. Alhamdulillah..
Allah
berfirman,
Maksudnya: “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada
Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman : 14)
Aku ingat
lagi, emak cakap “dalam ramai-ramai anak mak ni, kamu ni lah yang paling lama
menyusu badan ngan mak” Aku jawab, sebab tu la sayang mak lebih.. ^^
Ya Allah,
terima kasih kerana mengurniakan aku seorang mak sehebat ini..
Firman Allah:
Maksudnya: “dan hendaklah Engkau merendah diri kepada
keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka,
Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku
semasa kecil." (Surah al-Isra’ : 24)
Mak, bukan bermakna hanya hari Ibu jer kasihku ini tapi
kasihku padamu kekal sehingga ke akhir hayat.. I.allah hingga ke syurga ..
bersama-sama dalam syurga, mak,ayah dan adik-adik.. ^^ bahagianya....
No comments:
Post a Comment