Tuesday 15 January 2013

Diari : Aku dah pulang

Syukur kepada Allah, setelah beberapa bulan berjihad ilmu di Universiti, akhirnya Allah izinkan aku untuk pulang ke rumah aku di Kuala Lipis, Pahang. Yang paling aku bersyukur lagi apabila selamat menjejakkan kaki di hadapan rumah.

hakikatnya, seorang manusia itu akan rindukan rumahnya yang sebenar

Dulu kecik2, naek train ngan Mak kalo nak bli mainan 



Aku tersenyum sendiri selepas beberapa jam di dalam keretapi bas tatkala melihat Bandar Kuala Lipis yang masih tak berubah rupa parasnyer(kecuali ada penambahan pokok yang berlampu ala-ala i-city). Terasa macam puluhan tahun aku meninggalkannya.

lebih kurang macam ni la lampu kat bandar baru K.Lipis


Alhamdulillah sekali lagi kerana masih diberi peluang untuk berjumpa keluarga yang sangat dirindui dan dicintai. Menitis air mata apabila melihat wajah mak yang sangat aku rindui menyambut kepulanganku sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Aku tangkas memeluk dan mencium pipinya(bau mak masih x berubah), kelihatan raut wajahnya yang sudah dijamah usia. Ayat pertama yang aku dengar, "balik lama kan?" Aku terus mengangguk mengiyakan.“Mak, orang  janji tak akan mensia-siakan masa yang telah Allah pinjamkan ni”

Ya Allah jadikanlah sayang aku terhadap keluargaku ini sampai ke syurga. Ya Allah, kerana aku sayang kepada engkaulah , aku sayang kepada keluargaku.
Amin...

 Teringat sebuah hadis,
“Jika manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan mendoakan kedua orang tuanya” (HR Muslim)

Ya allah tunjukkanlah kepada aku jalan untuk menjadi anak yang soleh agar aku dapat bersama-sama dengan keluargaku di syurgaMu.

No comments:

Post a Comment