Thursday 23 May 2013

Peta Lokasi Pendaftaran Asasi Sains Pertanian 2013

Kawasan Parking kereta bagi pendaftaran asasi sains pertanian sesi 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Beribu-ribu tahniah aq ucapkan bagi yang berjaya mendapat tawaran ke asasi sains pertanian...

TAHNIAH

Soalan Lazim....

Ada yang bertanya tentang kat maner nak parking kereta? Nak kene naek bas ke? Boleh x kalau parent nak hantar sampai ke depan pintu bilik? Boleh x parent tunggu?

1. Parking kat kawasan yang telah ditetapkan... ^^ lebih mudah dan memudahkan..hehe

Ni la petanyer... t dah sampai akan ader board yang tulis pendaftaran asasi sains pertanian ^^
parking kat tulisan merah tu, khemah disediakan..

2. Yupp kene naek bas, korang angkut la sumer barang2 naek bas ea... parent pun boleh naik skali...

3.Selalunyer, parent hantar sampai koleg jer, pas tu korang akan dibantu oleh senior2 angkat barang masuk ke bilik... 

4. Selepas pendaftaran digalakkan parent pulang berehat... ^^ kan dah besar.. sebab korang akan ada taklimat lak pas tu...(sian parent nak kena tunggu)

p/s mohon jgn risau sangat I.allah anak-anak tuan-tuan dan puan-puan akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh..... ^^

Huh...tinggal beberapa hari jer lagi.... 

Sunday 19 May 2013

Sungai Chiling

Seharian bersama...

View dari atas jambatan ^^


Alhamdulillah... pejam celik pejam celik dah seminggu.. fuhhhh masa sangat cepat berlalu tambahan pula dengan kejer-kejer yang agak banyak tertangguh...huhuhu

Biler tengok kalendar akademik untuk sem ni dah nak masuk minggu ke 13 kot... Adoyai, mengelabah rasa nak final... :\

Final-final gak... tapi plan nak g sungai Chiling mesti tetapku teruskan bersama-sama my brothers... Masa bersama-sama penting gak... xkan nak duduk dalam bilik mengadap buku2 jer.. masa buku aq set kan khusus (i.allah dalam pembaik pulihan), ari sabtu, family first... ^^ or sahabat2..dyrang pun ader hak gak...hehehe 

Bertolak Flight ke sungai Chiling dalam jam 3.30p.m... Nak gerak pagi tapi bro is ader berkuda lak pagi tu... Because of that terpaksala bergerak petang.. So, agak rush la macam orang rush... :P

Dalam perjalanan, sumer tahap gaban lapor... Then, singgah petronas isi minyak plus isi perut gak...

Perjalanan masih jauh, tambahan pula memang x pernah g sg chiling tu... just berpandukan suara wanita dalam hp gps  yang agak sengal... 

Lebih kurang 3 jam gak total perjalanan, akhirnya kami sampai sungai chiling.. Subhanallah, tenang jer tempatnye, memang sesuai sangat la nak menenangkan pikiran sambil2 menikmati sungai yang jernih, kicauan burung2, dan hutan yang menghijau serta jauh dari kesibukan bandar.. Memang feeling habis la.. 



"Yang menciptakan 7 langit berlapis-lapis. Takkan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?"  (al-Mulk : 3)

"Kemudian kamu ulangi pandanganmu sekali lagi, dan sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali padamu tanpa menemukan kecacatan dan ia jadi letih." (al-Mulk : 4)




Ya Allah terima kaseh atas kesempatan mentadabbur alam ini bersama family tercinta ^^


To my brothers, korang memang OSEM


My brothers, ^^ 
a journey of a sinner, finding hope and ways to return back to Him


Next week, aq sibuk dengan pendaftaran pelajar asasi Asper batch 9 ^^ x sabar nak sambut junior...



Friday 17 May 2013

Fasilitator Asasi Sains Pertanian

Rindunya.. tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat bermain ^^





Bismillah....

Perjumpaan bersama pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian buat kali pertama... Kali ini bukan lagi sebagai pelajar asasi sains pertanian tapi sebagai alumni Asper yang akan berkhidmat sebagai fasilitator untuk batch9 pelajar asasi sains pertanian... (excited bangat nak menyambut kedatangan mereka) ^^ kecil tapak tangan nyiru aq tadahkan...

Seramai 30 orang telah dilantik sebagai fasilitator untuk kali ini. Dijangkakan hampir 800 pelajar akan mendaftar pada 25 Mei ini...huhhhhhh agak ramai la... Alhamdulillah , pengalaman semasa menjadi fasi untuk batch8 menjadi bekalan...

Abg Kamil dilantik sebagai ketua fasi ^^

Selepas beberapa jam meeting, pelbagai pembaikan telah dibuat. Antaranya sistem pendaftaran yang nampak lebih efficien dan effective. Selain itu, ibu bapa pula dikehendaki menghantar anak mereka hanya di tempat yang telah disediakan dan akan menaiki bas yang telah disediakan untuk ke dewan pendaftaran.





Harap penambah baikan ini akan melancarkan perjalanan hari pendaftaran nanti.. ^^

P/s I.allah pelajar lepasan SPM 2012 boleh menyemak kemasukan ke Pusat Asasi Sains Pertanian start 21 Mei kot... 



Masalah kebanyakan para pelajar baru adalah tidak memenuhi borang perjanjian, So, aq harap kali ini pelajar baru dapat isi borang dengan baik ^^






Monday 13 May 2013

13 Mei

Hari Persaudaraan 

x tomei la gaduh2... friskies banyak lagi


Bismillah...

Ada apa dengan 13 Mei ? tanya pensyarah kenegeraan aq dalam kuliahnya..
Hampir semua pelajar tahu akan peristiwa 13 Mei, mungkin gara-gara demam pilihan raya yang masih bersisa baki dalam pemikiran kami. PRU 13 sedikit sebanyak membantu para pelajar lebih menghayati subjek kenegeraan bagi semester ini.. Ada yang tidak begitu ambil peduli, ada gak yang terlalu peduli, ada gak yang begitu taksub sampaikan biler presentation pun dah macam dylah yang akan bertanding dalam pilihan raya tersebut..hoho ^^ bagus2x.. Cukop umur 21 tahun nanti boleh daftar...hehe

Mungkin pada zaman maklumat di hujung jari ini maka banyaklah mitos2 yang berkaitan 13 Mei. Secara umumnya, peristiwa 13 mei adalah rusuhan kaum yang berlaku di tanah air aq yang tercinta. Berlaku apabila satu kaum menyinggung satu kaum yang lain, maka tercetuslah pertelingkahan... Kalo dengar golongan tua bercerita, sangat menakutkan dan aq berharap agar ia tidak berulang lagi..

Secara peribadinya, aq tidak berasa selesa apabila dada akbar mengeluarkan tajuk yang agak berbau ikan goreng perkauman..



Emm, bukan nak bincang politik tapi aq hanya ingin menyatakan isi hati jer... Di fakulti, boleh dikatakan ramai gak la chinese, tapi bukanlah majoriti.. Tapi nak dijadikan cerita, aq teringat semasa aq berada di sem 3 kot.. Aq mengambil subjek Food Chemistry dan DR K pernah memarahi satu kuliah kerana mewujudkan suasana yang rasis.. Cam ni, waktu kelas tu, pelajar melayu duduk berkumpulan di belah kanan dewan kuliah manakala pelajar cina duduk belah kiri dewan... (nak kata x duduk mix arr) DR K naik angin dan terus mengarahkan semua duduk campur dan bagi warning supaya kejadian ini tidak berulang lagi.. Alhamdulillah setelah sekian lama, kami tak lagi wat perangai rasis tu... Sedikit sebanyak kami membantu antara satu sama lain.. Mungkin kalo la DR K senyap jer, x tegur maka sampai skang pun kami akan sentiasa bersangka-sangka dekat satu sama lain... Melayu-Melayu, Cina-cina,.. Indian ader tapi minoriti sangat, so dyrang cool jer...hehehe

So, sikap rasis ni perlu dikikis sedikit demi sedikit agar tidak akan menimbulkan masalah yang besar pada masa depan nanti... Sikit-sikit lama-lama berbukit-bukit ^^

Gambar kawan2 aq, korang terbaik ^^


Al-Quran menjelaskan bahawa pengukuhan perasaan persaudaraan di di kalangan umat Islam dan berbaik-baik dengan yang bukan Islam adalah semata-mata untuk mengwujudkan perpaduan sejagat.

DIMANA-MANA KITA KAWAN ^^

Kegagalan

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan.. (makan dahulu bayar kemudian) Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian..betul x Si Apple Dak Sains Pertanian

"aq dapat ........ hg?"
"aq pom"

http://cikeju.blogspot.com


Pergh.. kecewa tetap kecewa. Subjek prinsip pengurusan ni selalu mengecewakan.. Ni semua angkara sikap aq yang selalu ambik mudah.. Aq anggap belajar sendiri lagi eficien..emm lagi lingkup ader... tu la masuk kelas x fokus... ni la jawabnyer... biler dah jadi cam ni baru nak nyesal... tapi alhamdulillah Allah masih memberi kesedaran untuk aq usaha lebih lagi.... mak,ayah i.allah baem akan gandakan usaha lagi macam dulu2 malah akan lebih lagi...


Biler duk muhasabah.... main problem detected..

Aq x sabar  nak capai kejayaan, lambat sangat nak nampak hasil, penat plak nak studi...

Antara kesilapan-kesilapan yang aq wat, g cari mende yang dapat seronok sekejap -----> mkebuku, burung biru(twitter), melepak, dan tidor berlebihan...(tulis blog x kot ^^)

Malangnya, benda yang menyeronokkan dengan cepat ni la selalunya menjadikan sesuatu yg sangat-sangat menyakitkan buat jangka masa panjang...

i.allah aq akan susun semula pembahagian masa dan set priority kat perkara yang sepatutnya... eliminate waste..

Kegagalan bukanlah pengakhiran hidupku
Sumber : Enchik Google

Aq akan bagnkit dan tetap berusaha ^^

Allah berfirman, “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” asy Syarh : 5-8

Sahabat aq ader cakap, Allah berfirman dalam surah al-baqarah : 216
“..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAh mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – al Baqarah : 216

Semoga Allah merahmati..


FAILURE
when your best just is not good enough


Sunday 12 May 2013

Kelebihan dan keburukan perkahwinan semasa belajar


Mak, ayah... ^^



Assalamualaikum w.b.t


Hari ni macam biasa aku bersiap-siap di awal pagi jumaat untuk ke kelas tasawur islam dengan berbaju melayu merah, berseluar hitam dan berkasut kungfu(kawan aku cakap) tambah ngan wangian. ^^
Hari ni jugak seperti biasa akan ada perbahasan tentang satu topik yang telah diberi kan Dr. Fathiyah (ustazah). Tajuk untuk hari ni Kelebihan perkahwinan semasa belajar (pencadang) dan sebaliknya (pembakang).


Nak dijadikan cerita bollywood, panahan anak panah setan menembusi  hati aku.. dupdupdup jantung aku mengepam darah dengan laju(setan kan bergerak dalam salur darah).. bila terdengar suara “izinkan saya membahas isi pencadang” suara lembut si tudung biru tapi tampak ketegasannya. Suasana kelas yang pada mulanya hangat terpaku mendengar hujah si tudung biru.
Aku mendengar dengan penuh kusyuk setiap ayat yang dikeluarkannya, satu demi satu seperti recording yang tidak akan terlepas merakam walaupun sesaat.
Tiba-tiba mata aku gelap, lol… kawan sebelah aku rupanya..(main tutup2 mata). “kau berkenan ke?” dalam hati aku “…..” kompius, macam baru tersedar dari kena bius..


XXXXXX


Setelah hampir penghujung perbahasan, si tudung biru menyimpulkan bagi pihak pembakang.
“saya pada mulanya berpendapat bahawa perkahwinan semasa belajar sangat baik dan merupakan pilihan terbaik. Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya yang lampau, terdapat jejaka yang melamar  saya dan ibu saya tidak bersetuju. Saya pada masa itu mempertikaiakan keputusan yang telah dibuat oleh ibu saya. Tapi baru saya faham bahawa sekadar suka tidak mencukupi tetapi yang penting adalah tanggungjawab yang bakal ditempuh oleh kedua-duanya iaitu bakal suami dan isteri, adakah bermatlamat keranaNya atau sebaliknya……. Untuk pengetahuan semua Alhamdulillah saya sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi…” si tudung biru.
Tiba-tiba belakang aku rasa macam kena penampor, cis kawan aku rupenyer..(tepuk belakang).. “haha..dye dah nak kawin rupenyer, melepas la kau” Aku hanya mampu tersenyum tanpa mengeluarkan apa-apa komen…

Alhamdulillah, allah menyelamatkan aku daripada perasaan cinta monyet yang melalaikan yang memang nescaya tidak membawa apa-apa faedah. Statement si tudung biru itu menyedarkan aku bahawa perkahwinan yang bukan berasaskan kerana Allah adalah sia-sia, dan bukanlah seperti mana yang dimahukan oleh Rasulullah..

XXXXXX


Kesimpulannya, kebaikan atau keburukan perkahwinan semasa belajar bergantung kepada sikap individu itu sendiri, sama ada ingin membawa kebaikan atau sebaliknya. Hanya diri kita yang tahu capacity diri kita. Oleh itu, pembentukan diri sendiri itu penting dalam menentukan kebaikan atau keburukan.
Setelah difikir-fikrkan kembali, aku bukannya tertarik kepada si pemilik tudung biru itu, tetapi  hujah-hujah yang telah disampaikannya begitu menyentuh hati aku atau mungkin seluruh kelas pada hari tu. Masakan tidak, setelah habis perdebatan, si tudung biru diumumkan sebagai pendebat terbaik..




p/s Selamat Menyambut Pengantin Baru 2 minggu lagi…^^ Moga dapat melahirkan ramai khalifah yang hebat dalam menegakkan dakwah Islam..

betul x? 


Thursday 9 May 2013

Selamat Hari Ibu


You know you are number one for me..

Selamat Hari Ibu


I.allah beberapa hari lagi, semua yang bergelar ibu,emak,ummi,mummy, dan ape2 panggilan la yang merujuk kepada ibu akan diraikan dalam sambutan hari ibu.



cantiknyer si baju kurung berwarna oren  ^^


Selamat menyambut hari ibu kepada semua ibu yang aku yakin masing-masing ada anak yang soleh dan solehah, i.allah..  Especially, khas buat emakku Rozita Salmiah binti Mohd Taib.. I Love U so much.. Jasamu sungguh tidak ternilai dengan wang ringgit.. Tanpa didikanmu aku tidak akan menjadi manusia walaupun rupa zahirnya adalah manusia..

Kesabaranmu dalam mendidik aku dan adik-adik walaupun dalam keadaan tertekan(bekerja), berjaya juga aku menjejak langkah ke Universiti Putra Malaysia.. Alhamdulillah..

Allah berfirman,
Maksudnya: “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 
(Surah Luqman : 14)

Aku ingat lagi, emak cakap “dalam ramai-ramai anak mak ni, kamu ni lah yang paling lama menyusu badan ngan mak” Aku jawab, sebab tu la sayang mak lebih.. ^^

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seorang mak sehebat ini..

Firman Allah:
Maksudnya: “dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra’ : 24)

Mak, bukan bermakna hanya hari Ibu jer kasihku ini tapi kasihku padamu kekal sehingga ke akhir hayat.. I.allah hingga ke syurga .. bersama-sama dalam syurga, mak,ayah dan adik-adik.. ^^ bahagianya....



Kelebihan Asasi Sains Pertanian UPM


Bismillah,

Masih segar di ingatan bila mendapat tawaran lamaran daripada Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia, kompius jugak pada masa tu, (matrik ke asasi).

Sains Pertanian? Nak kene jadi petani ke? Belajar aper? Aper beza ngan matrikulasi? Susah ke nak score? Pas asasi sambung maner? Cerah x peluang nak sambung degree?


1.    Sains pertanian atau agriculture science (name omputeh), merupakan salah satu subjek yang perlu di ambil oleh pelajar asasi. Subjek ni paling best kot..(senang score) Bukan tu ajer, tapi dalam silibus subjek ni akan ada amali ladang(setiap minggu g lawatan) jeles budak matrikulasi… dalam 3 semester/tahun, setiap semester akan ambik satu subjek pertanian..

Lawatan kat ladang nasuha


Ni silibus baru untuk pelajar asasi pertanian, aku dulu lain..


SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 1

NAMA KURSUS

Pengenalan Kepada Industri Pertanian
Cell dan Classification Organism (bio)
Kimia tak organic (kimia)
Algebra (math)
Intro  to mechanic (fizik)
English



SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 2

NAMA KURSUS

Pertanian dan industry makanan
Struktur dan fungsi system biologi
Kimia fizik
Calculus
Fizik Terma, Gelombang dan Optik
English

  

SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 3
NAMA KURSUS

Keusahawanan dan pemasaran pertanian
Biologi perkembangan dan genetic
Organic Chem
Intro to statistic
Electric and magnet
Pengenalan kepada teknologi maklumat



2.    Tidak semestinya akan jadi petani tapi manager kepada petani la, nak kene ada degree dulu la ea…  subjek pertanian tu bagi aku adalah extra advantage  compare tu matrikulasi.. dan tu yang menjadikan asasi  pertanian UPM berbeza dengan semua asasi yang ada dan matrikulasi.. So, memang berbaloi la pelajar asasi pertanian UPM.. Korang akan dapat pengalaman yang amat menarik dan konpem tidak dapat dilupakan…
Gambar kenangan masa orentasi ^^


aper tu??

3.     Susah senang nak score tu bergantung pada korang la… tapi bagi pandangan aku, sangat boleh nak score.. Lecturer sangat banyak membantu kot…dyrang sangat cool.. ^^
4.    Pas asasi boleh sambung terus kat UPM.. I.allah terjamin.. janji ditepati
5.    Peluang tu secerah mentari…hehehe Nanti waktu semester 3, korang akan diberi pilihan course untuk sambung degree… Setakat ni, semua course kat UPM korang boleh pilih…

Alhamdulillah, sekarang aku dah tahun ke-3 degree…. Rindu pada zaman Asasi dulu.. ^^
Tak sabar nak sambut junior baru bulan ni…(I.allah aku antara fasilitator untuk kemasukan pelajar asasi baharu 2013)


Wednesday 8 May 2013

Fungi and sawang detected

Oh, ada blog rupanyer..

^^


Alhamdulillah, rupa-rupanya aku ada blog,(senyum keji) dah bersawang lagi berfungi ..huk2
nasib baik ingat lagi kata laluan, kalau tak memang lainkalilah... 5 tahun bukan lama pun
So, inikalilah aku bernekad untuk meneruskan usaha menulis di blog yang usang ini.. sikit-sikit lama-lama jadi  
bukit... Insyaallah jika bermanfaat akan dapat saham di akhirat.

First of all, bermillion-million terima kaseh kat sahabat-sahabat aku yang selalu puji kutuk blog aku (walaupun hanya beberapa post)... korang sebenarnya memberi aku semangat malas untuk menyambung kerja-kerja menulis yang telah aku mulakan akhirkan .. 

Bermacam-macam alasan yang aku bagi bila nak mulakan menulis.. paling selalu, "maner ada masa" semua salah a****...
Hakikatnya, semua orang dapat 24 jam sehari tak ada yang kurang atau lebih.. Allah kan adil.. 
So, gunakanlah masa itu sebaik-baiknya..bak kata cerdik pandai penipu masa itu ibarat pedang siput , jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita..

Ok.. ngantuk dah.. tadi tak dapat nak melenakan mata kerana memikirkan test 2 undang2 keluarga islam yang senang susah sangat nak score...

Moga aku terus istiqamah.. ^_^