Sunday 13 January 2013

Introduksi

Buku baru-cuti semester


bismillahirrahmanirrahim..

Hari pertama cuti semester, masih di Universiti walaupun sudah 4 hari selepas paper terakhir.
Alhamdulillah, boleh dikatakan permulaan yang baik untuk tahun 2013 ini walaupun penat dek kerana peperiksaan masih lagi terasa. Sudah buat yang terbaik. Harap-harap Allah berkati apa yang telah aku pelajari dan muntahkan waktu peperiksaan akhir hari tu. Aku bertawakal kepadaNya dan redha akan ketetapanNya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat diri aku dan aku mungkin inginkan sesuatu yang aku rasa terbaik tapi Allah lagi maha mengetahui segalanya. (bukan mudah nak mengungkapkan ayat ni)
Hanya diri ini sahaja yang tahu adakah sudah ataupun belum berusaha sehabis baik.







Secara ringkas, tinggal beberapa jam lagi sebelum aku akan pulang ke kampung halaman, perasaan bercampur baur, terlalu banyak yang telah dirancang untuk cuti kali ini. Aku tak nak kesilapan lalu berulang lagi. Terlalu banyak masa lapang menyebabkan aku terleka bukan seketika tapi berketika-tika hingga membuahkan rasa-rasa penyesalan yang sangat menyakitkan jiwa. Aku tak sanggup lagi untuk hidup sebagai robot setelah aku mengenali erti kehidupan sebenar sekarang. 


http://4.bp.blogspot.com


Ya allah berikanlah aku kekuatan untuk mempertahankan dan menyelamatkan  iman ini.
"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barang siapa yang hari ini dia sama seperti hari semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barang siapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia dalam kalangan orang yang celaka"
Permulaan baru untuk fasa baru....

Bismillah... 
 








No comments:

Post a Comment