Wednesday 16 January 2013

Sharing :

Rendah Diri VS Rendah Hati

hati vs jantung...


Balik jer dari makan nasi goreng USA kat kedai Cikgu Pa, duk sat mengadap laptop....
Nak bacer note, tapi lambat lagi nak bukak sem...(macam la rajin sangaaat) emm..


Sambil membaca beberapa artikel, tiba-tiba terngiang-ngiang.....

“kita kena rendahkan hati”

Kata-kata nasihat ini sebenarnya keluar dari mulut seorang saudara yang rapat dengan aku yang aku amat sayangi sebelum cuti semester hari tu. Aku masih ingat sampai hari ini. 
_________________________________________________________________________________

Aku hairan. Beza ke merendah diri dengan merendahkan hati?

Pada mulanya, aku tak dapat nak tangkap sangat mesej yang hendak disampaikan sebab tak faham apa itu kerendahan hati. Sehinggalah aku terbaca satu artikel yang berkaitan dengan kerendahan hati. Aku mula memahami apa yang dimaksudkan dengan kerendahan hati itu. Dan terus rasa gatal tangan nak post kat blog. 
;)

bunga yg merendahkan diri...hehe


Ceritanya begini, ni aku re-taip :

Ada orang bermasalah dengan amalnya. Bukan masalah tak tahu beramal tetapi dia bermasalah kerana riya, takabbur, ujub dengan amalnya. Ketika ini, hati telah tercedera actually. Whether sedar or tak, our amal tak diterima. Hal ini disebabkan tiada kerendahan dalam hati kita. Syaitan telah Berjaya memperdayakan kita semua.

Syaitan ni kalau tak Berjaya mengajak kita berbuat kemungkaran dan maksiat, maka dia akan menyuruh kita berbuat kebaikan.

“Eh, pergi la masjid setiap waktu” Bisik syaitan. “kau zikir la banyak sikit”

Bila kita dah stabil, buat kebaikan dengan istiqomah, maka syaitan akan kata, “Bagus la kau ni, buat baik banyak”

Kita pun diam-diam, jauh di lubuk hati, berbangga dengan amal kita. Kita rasa kita dah bagus, kita rasa dah cukup. Maka ketika itulah, syaitan mula mencucuk-cucuk lagi diri kita. Akhirnya, kita tidak lagi mendirikan solat kerana kita rasa perlu, kerana hendakkan redha Allah, tetapi kita dirikan solat kerana hendakkan perhatian insan lain. Walaupun zahirnya, kita tidak berkata, “wei, tengokla aku solat” Namun jauh di lubuk hati, kita berkata, “ha, orang mesti salute punya tengok aku selalu solat di masjid”

Sebahagian manusia, memilih satu solusi dalam permasalahan ini dengan membuat keputusan supaya tidak beramal terus, atau mengurangkan kesungguhannya.

“Ah, malas la pergi msajid, nanti riyak”

“Aku ni bukan apa, takut kalau aku buat elok-elok ni, aku takabbur nanti”

***Aku sentap part ni… krik..krik..krik..  rasa macam kena hempap ngan batu. Adoi…

Kalau benar, maka sekali lagi, syaitan yang licik telah Berjaya menipu kita. Syaitan ini mudah, jalannya ada tiga. Pertama, buat maksiat, ingkar kepada Allah. Kedua, buat baik, bukan kerana Allah. Ketiga, tak payah buat dua-dua.

Pilihan ketiga ini sebenarnya membawa kepada pilihan pertama. Bila kita tidak mempertingkatkan kualiti amalan, kualiti pengabdian kita kepada Allah, maka kita akan terdedah dengan hasutan-hasutan dan godaan syaitan. Kita akan menjadi lemah. Lama kelamaan, kita akan jatuh ke lubang maksiat juga.

So, what the solution?

These are the solution yang aku dapat dari artikel tu :

  1. Bila riyak itu datang dalam amal, maka yang patut kita buat bukanlah meninggalkan amal. Tetapi yang patut kita buat adalah menanggalkan riya dan berhadapan menentangnya.
  2. Hati kita yang berbolak-balik ini perlu dididik agar menjadi jinak dan mampu dilenturkan.
  3. Kita perlu sentiasa bermuhasabah dan menjelaskan niat. Untuk apa amal-amal ini kita laksanakan. Adakah kerana manusia atau kerana kita benar-benar memerlukan amal-amal ini untuk pulang kepada Allah?
  4. Perbanyakkan istighfar dan mengembalikan segala puja dan puji itu kepada Allah.



Secara ringkasnya, riyak dan sepupu sepapatnya, hanyalah halangan yang perlu kita langkaui, untuk kita menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar dari itu lagi. Merendahkan hati tidaklah sama dengan merendahkan diri. Bila kita merendahkan diri, orang nampak kita merendahkan diri. Malah kadangkala, kita merendah diri dalam riyak. Merendah hati, lebih sukar dari merendah diri. Hal ini kerana, merendahkan hati ini benar-benar kita dengan Allah SWT sahaja. Manusia lain tak akan tahu bahawa kita ini merendah hati atau tak.


The end…

“Ya allah berikanlah aku kekuatan untuk memperbaiki diri, dan beramal dengan ikhlas serta pulang kepadaMu dalam keadaan hati yang sempurna” Amin..

Guten nacht... 

No comments:

Post a Comment