Thursday 9 May 2013

Kelebihan Asasi Sains Pertanian UPM


Bismillah,

Masih segar di ingatan bila mendapat tawaran lamaran daripada Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia, kompius jugak pada masa tu, (matrik ke asasi).

Sains Pertanian? Nak kene jadi petani ke? Belajar aper? Aper beza ngan matrikulasi? Susah ke nak score? Pas asasi sambung maner? Cerah x peluang nak sambung degree?


1.    Sains pertanian atau agriculture science (name omputeh), merupakan salah satu subjek yang perlu di ambil oleh pelajar asasi. Subjek ni paling best kot..(senang score) Bukan tu ajer, tapi dalam silibus subjek ni akan ada amali ladang(setiap minggu g lawatan) jeles budak matrikulasi… dalam 3 semester/tahun, setiap semester akan ambik satu subjek pertanian..

Lawatan kat ladang nasuha


Ni silibus baru untuk pelajar asasi pertanian, aku dulu lain..


SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 1

NAMA KURSUS

Pengenalan Kepada Industri Pertanian
Cell dan Classification Organism (bio)
Kimia tak organic (kimia)
Algebra (math)
Intro  to mechanic (fizik)
English



SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 2

NAMA KURSUS

Pertanian dan industry makanan
Struktur dan fungsi system biologi
Kimia fizik
Calculus
Fizik Terma, Gelombang dan Optik
English

  

SILIBUS ASASI SAINS PERTANIAN
SEMESTER 3
NAMA KURSUS

Keusahawanan dan pemasaran pertanian
Biologi perkembangan dan genetic
Organic Chem
Intro to statistic
Electric and magnet
Pengenalan kepada teknologi maklumat



2.    Tidak semestinya akan jadi petani tapi manager kepada petani la, nak kene ada degree dulu la ea…  subjek pertanian tu bagi aku adalah extra advantage  compare tu matrikulasi.. dan tu yang menjadikan asasi  pertanian UPM berbeza dengan semua asasi yang ada dan matrikulasi.. So, memang berbaloi la pelajar asasi pertanian UPM.. Korang akan dapat pengalaman yang amat menarik dan konpem tidak dapat dilupakan…
Gambar kenangan masa orentasi ^^


aper tu??

3.     Susah senang nak score tu bergantung pada korang la… tapi bagi pandangan aku, sangat boleh nak score.. Lecturer sangat banyak membantu kot…dyrang sangat cool.. ^^
4.    Pas asasi boleh sambung terus kat UPM.. I.allah terjamin.. janji ditepati
5.    Peluang tu secerah mentari…hehehe Nanti waktu semester 3, korang akan diberi pilihan course untuk sambung degree… Setakat ni, semua course kat UPM korang boleh pilih…

Alhamdulillah, sekarang aku dah tahun ke-3 degree…. Rindu pada zaman Asasi dulu.. ^^
Tak sabar nak sambut junior baru bulan ni…(I.allah aku antara fasilitator untuk kemasukan pelajar asasi baharu 2013)


5 comments:

  1. Assalamualaikum. Bagaimana peluang untuk sambung buat ijazah di universiti lain dari upm. Saya dapat tawaran dan sedang konfius.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, emm, sori agak busy skang final year...
      kalo dapat tawaran asasi under KPT, kena sambung kat UPM gak untuk ijazah.
      tapi kalo under biasiswa lain, depends on kontrak korang ngan penaja.

      Delete
  2. Assalamualaikum. Bagaimana peluang untuk sambung buat ijazah di universiti lain dari upm. Saya dapat tawaran dan sedang konfius.

    ReplyDelete
  3. Sy dpt asasi sains pertanian laluan pantas.. sy py 2 semester je, adkh sme dgn yg dinyatkn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. afiq, kalo laluan pantas mmg dua sem jer... mmg pantas la korang blajar nanti...
      emm, da daftar kan? duk kolej mana?

      Delete