Sunday 12 May 2013

Kelebihan dan keburukan perkahwinan semasa belajar


Mak, ayah... ^^



Assalamualaikum w.b.t


Hari ni macam biasa aku bersiap-siap di awal pagi jumaat untuk ke kelas tasawur islam dengan berbaju melayu merah, berseluar hitam dan berkasut kungfu(kawan aku cakap) tambah ngan wangian. ^^
Hari ni jugak seperti biasa akan ada perbahasan tentang satu topik yang telah diberi kan Dr. Fathiyah (ustazah). Tajuk untuk hari ni Kelebihan perkahwinan semasa belajar (pencadang) dan sebaliknya (pembakang).


Nak dijadikan cerita bollywood, panahan anak panah setan menembusi  hati aku.. dupdupdup jantung aku mengepam darah dengan laju(setan kan bergerak dalam salur darah).. bila terdengar suara “izinkan saya membahas isi pencadang” suara lembut si tudung biru tapi tampak ketegasannya. Suasana kelas yang pada mulanya hangat terpaku mendengar hujah si tudung biru.
Aku mendengar dengan penuh kusyuk setiap ayat yang dikeluarkannya, satu demi satu seperti recording yang tidak akan terlepas merakam walaupun sesaat.
Tiba-tiba mata aku gelap, lol… kawan sebelah aku rupanya..(main tutup2 mata). “kau berkenan ke?” dalam hati aku “…..” kompius, macam baru tersedar dari kena bius..


XXXXXX


Setelah hampir penghujung perbahasan, si tudung biru menyimpulkan bagi pihak pembakang.
“saya pada mulanya berpendapat bahawa perkahwinan semasa belajar sangat baik dan merupakan pilihan terbaik. Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya yang lampau, terdapat jejaka yang melamar  saya dan ibu saya tidak bersetuju. Saya pada masa itu mempertikaiakan keputusan yang telah dibuat oleh ibu saya. Tapi baru saya faham bahawa sekadar suka tidak mencukupi tetapi yang penting adalah tanggungjawab yang bakal ditempuh oleh kedua-duanya iaitu bakal suami dan isteri, adakah bermatlamat keranaNya atau sebaliknya……. Untuk pengetahuan semua Alhamdulillah saya sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi…” si tudung biru.
Tiba-tiba belakang aku rasa macam kena penampor, cis kawan aku rupenyer..(tepuk belakang).. “haha..dye dah nak kawin rupenyer, melepas la kau” Aku hanya mampu tersenyum tanpa mengeluarkan apa-apa komen…

Alhamdulillah, allah menyelamatkan aku daripada perasaan cinta monyet yang melalaikan yang memang nescaya tidak membawa apa-apa faedah. Statement si tudung biru itu menyedarkan aku bahawa perkahwinan yang bukan berasaskan kerana Allah adalah sia-sia, dan bukanlah seperti mana yang dimahukan oleh Rasulullah..

XXXXXX


Kesimpulannya, kebaikan atau keburukan perkahwinan semasa belajar bergantung kepada sikap individu itu sendiri, sama ada ingin membawa kebaikan atau sebaliknya. Hanya diri kita yang tahu capacity diri kita. Oleh itu, pembentukan diri sendiri itu penting dalam menentukan kebaikan atau keburukan.
Setelah difikir-fikrkan kembali, aku bukannya tertarik kepada si pemilik tudung biru itu, tetapi  hujah-hujah yang telah disampaikannya begitu menyentuh hati aku atau mungkin seluruh kelas pada hari tu. Masakan tidak, setelah habis perdebatan, si tudung biru diumumkan sebagai pendebat terbaik..




p/s Selamat Menyambut Pengantin Baru 2 minggu lagi…^^ Moga dapat melahirkan ramai khalifah yang hebat dalam menegakkan dakwah Islam..

betul x? 


2 comments:

  1. si tudung biru itu pembangkang atau pencadang?

    ReplyDelete
  2. tahniah baim,
    mungkin pengalaman baru ^^

    ReplyDelete