Monday 13 May 2013

13 Mei

Hari Persaudaraan 

x tomei la gaduh2... friskies banyak lagi


Bismillah...

Ada apa dengan 13 Mei ? tanya pensyarah kenegeraan aq dalam kuliahnya..
Hampir semua pelajar tahu akan peristiwa 13 Mei, mungkin gara-gara demam pilihan raya yang masih bersisa baki dalam pemikiran kami. PRU 13 sedikit sebanyak membantu para pelajar lebih menghayati subjek kenegeraan bagi semester ini.. Ada yang tidak begitu ambil peduli, ada gak yang terlalu peduli, ada gak yang begitu taksub sampaikan biler presentation pun dah macam dylah yang akan bertanding dalam pilihan raya tersebut..hoho ^^ bagus2x.. Cukop umur 21 tahun nanti boleh daftar...hehe

Mungkin pada zaman maklumat di hujung jari ini maka banyaklah mitos2 yang berkaitan 13 Mei. Secara umumnya, peristiwa 13 mei adalah rusuhan kaum yang berlaku di tanah air aq yang tercinta. Berlaku apabila satu kaum menyinggung satu kaum yang lain, maka tercetuslah pertelingkahan... Kalo dengar golongan tua bercerita, sangat menakutkan dan aq berharap agar ia tidak berulang lagi..

Secara peribadinya, aq tidak berasa selesa apabila dada akbar mengeluarkan tajuk yang agak berbau ikan goreng perkauman..



Emm, bukan nak bincang politik tapi aq hanya ingin menyatakan isi hati jer... Di fakulti, boleh dikatakan ramai gak la chinese, tapi bukanlah majoriti.. Tapi nak dijadikan cerita, aq teringat semasa aq berada di sem 3 kot.. Aq mengambil subjek Food Chemistry dan DR K pernah memarahi satu kuliah kerana mewujudkan suasana yang rasis.. Cam ni, waktu kelas tu, pelajar melayu duduk berkumpulan di belah kanan dewan kuliah manakala pelajar cina duduk belah kiri dewan... (nak kata x duduk mix arr) DR K naik angin dan terus mengarahkan semua duduk campur dan bagi warning supaya kejadian ini tidak berulang lagi.. Alhamdulillah setelah sekian lama, kami tak lagi wat perangai rasis tu... Sedikit sebanyak kami membantu antara satu sama lain.. Mungkin kalo la DR K senyap jer, x tegur maka sampai skang pun kami akan sentiasa bersangka-sangka dekat satu sama lain... Melayu-Melayu, Cina-cina,.. Indian ader tapi minoriti sangat, so dyrang cool jer...hehehe

So, sikap rasis ni perlu dikikis sedikit demi sedikit agar tidak akan menimbulkan masalah yang besar pada masa depan nanti... Sikit-sikit lama-lama berbukit-bukit ^^

Gambar kawan2 aq, korang terbaik ^^


Al-Quran menjelaskan bahawa pengukuhan perasaan persaudaraan di di kalangan umat Islam dan berbaik-baik dengan yang bukan Islam adalah semata-mata untuk mengwujudkan perpaduan sejagat.

DIMANA-MANA KITA KAWAN ^^

No comments:

Post a Comment