Friday 17 May 2013

Fasilitator Asasi Sains Pertanian

Rindunya.. tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat bermain ^^





Bismillah....

Perjumpaan bersama pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian buat kali pertama... Kali ini bukan lagi sebagai pelajar asasi sains pertanian tapi sebagai alumni Asper yang akan berkhidmat sebagai fasilitator untuk batch9 pelajar asasi sains pertanian... (excited bangat nak menyambut kedatangan mereka) ^^ kecil tapak tangan nyiru aq tadahkan...

Seramai 30 orang telah dilantik sebagai fasilitator untuk kali ini. Dijangkakan hampir 800 pelajar akan mendaftar pada 25 Mei ini...huhhhhhh agak ramai la... Alhamdulillah , pengalaman semasa menjadi fasi untuk batch8 menjadi bekalan...

Abg Kamil dilantik sebagai ketua fasi ^^

Selepas beberapa jam meeting, pelbagai pembaikan telah dibuat. Antaranya sistem pendaftaran yang nampak lebih efficien dan effective. Selain itu, ibu bapa pula dikehendaki menghantar anak mereka hanya di tempat yang telah disediakan dan akan menaiki bas yang telah disediakan untuk ke dewan pendaftaran.





Harap penambah baikan ini akan melancarkan perjalanan hari pendaftaran nanti.. ^^

P/s I.allah pelajar lepasan SPM 2012 boleh menyemak kemasukan ke Pusat Asasi Sains Pertanian start 21 Mei kot... 



Masalah kebanyakan para pelajar baru adalah tidak memenuhi borang perjanjian, So, aq harap kali ini pelajar baru dapat isi borang dengan baik ^^






7 comments:

  1. selamat menjadi faci baem :)

    ReplyDelete
  2. Mengenai pemdaftaran Asasi Sains, boleh beritahu lebih lanjut lagi process pemdaftaran. Kereta boleh park dekat kolej 13 atau tempat lain??? Barang-barang boleh bawa naik bus atau kita boleh bawa barang-barang ke kolej 16 selepas pemdaftaran? Selepas pemdaftaran apa pelajar-pelajar kena buat.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm, semasa pendaftaran nanti,kereta parent parking kat tempat yang disediakan.. pas tu bas akan disediakan dan bawak sekali barang-barang keperluan naik bas... Bas akan hantar ke dewan pendaftaran dan ke koleg kediaman.... Selepas pendaftaran selesai...akan ada taklimat... :)

      Delete
  3. Kami tahu Kampus UPM luas....jadi ada peta di mana kita kena park kereta kita? Kami datang dari JB dan selepas toll, kita terus ke Kolej 13 atau ke tempat lain untuk menaik bas ke kolej 13???

    ReplyDelete
  4. ouh... Nanti kalau dah sampai UPM, akan ader board penunjuk arah, kat board tu ader tulis Pendaftaran asasi sains pertanian... U follow jer... akan ada student jaga kat tempat parking kereta... lebih baik parking kat tempat yg disediakan..

    ReplyDelete