Thursday 9 May 2013

Selamat Hari Ibu


You know you are number one for me..

Selamat Hari Ibu


I.allah beberapa hari lagi, semua yang bergelar ibu,emak,ummi,mummy, dan ape2 panggilan la yang merujuk kepada ibu akan diraikan dalam sambutan hari ibu.



cantiknyer si baju kurung berwarna oren  ^^


Selamat menyambut hari ibu kepada semua ibu yang aku yakin masing-masing ada anak yang soleh dan solehah, i.allah..  Especially, khas buat emakku Rozita Salmiah binti Mohd Taib.. I Love U so much.. Jasamu sungguh tidak ternilai dengan wang ringgit.. Tanpa didikanmu aku tidak akan menjadi manusia walaupun rupa zahirnya adalah manusia..

Kesabaranmu dalam mendidik aku dan adik-adik walaupun dalam keadaan tertekan(bekerja), berjaya juga aku menjejak langkah ke Universiti Putra Malaysia.. Alhamdulillah..

Allah berfirman,
Maksudnya: “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; kerana ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” 
(Surah Luqman : 14)

Aku ingat lagi, emak cakap “dalam ramai-ramai anak mak ni, kamu ni lah yang paling lama menyusu badan ngan mak” Aku jawab, sebab tu la sayang mak lebih.. ^^

Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan aku seorang mak sehebat ini..

Firman Allah:
Maksudnya: “dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra’ : 24)

Mak, bukan bermakna hanya hari Ibu jer kasihku ini tapi kasihku padamu kekal sehingga ke akhir hayat.. I.allah hingga ke syurga .. bersama-sama dalam syurga, mak,ayah dan adik-adik.. ^^ bahagianya....



No comments:

Post a Comment